Berita
PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan

Tahniah Team PUSPANITA MinDef telah berjaya mendapat Tempat Ketiga bagi Pertandingan Badminton Piala Ketua Setiausaha 2022 anjuran bersama Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan bersempena Hari Sukan Negara Tahun 2022.

Program Senam Sihat sempena Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan pada 13 Oktober 2022 (Khamis) di Dewan Seroja, Kem Kementah bersama ZIN Sharina. Program ini diadakan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Sukan Negara tahun 2022 disamping menggalakkan warga Kementerian sentiasa cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif , Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan bersama lebih 100 orang warga Kementerian Pertahanan. Rata-rata peserta hadir dengan memakai baju sukan berwarna merah atau biru mengikut tema yang ditetapkan.

YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan (MinDef) turut menghadiri Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat BAKAT ATM Tahun 2022 pada 11 Oktober 2022 di Dewan Mulia, Rumah BAKAT ATM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM.

Ahli PUSPANITA MinDef juga turut bersama - sama menghadiri menyaksikan pertandingan ini. Indahnya ukhwah yang terjalin di antara PUSPANITA MinDef bersama BAKAT ATM, semoga ukhwah berpanjangan dan dapat bekerjasama di program - program yang akan datang.

Majlis Hi-Tea Tautan Kasih Pesara PUSPANITA Tahun 2022 telah diadakan pada 27 Oktober 2022 (Khamis) di PUSPANITAPURI, Putrajaya. Majlis yang bertemakan “Hawaiian Tea Party” dihadiri oleh ahli pesara PUSPANITA.

YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan turut meluangkan masa menghadiri majlis ini bersama - sama ahli PUSPANITA dan ahli Pesara PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan.