• Berapakah jumlah warga kerja dan suri wanita Kementerian Pertahanan yang mendaftar sebagai ahli PUSPANITA?
    Sehingga Januari 2016, seramai 3,071 telah mendaftar sebagai ahli PUSPANITA bagi Cawangan Kementerian Pertahanan.
  • Berapakah yuran kemasukan dan bayaran untuk menjadi ahli PUSPANITA?
    • Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja;

    • Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH) terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam;

    • Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma; dan

    • Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00.

  • Bagaimanakah saya ingin menjadi ahli PUSPANITA?
    • Borang keahlian PUSPANITA boleh dimuatturun di https://puspanita.mod.gov.my/muat-turun/borang

    • Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan Kementerian Pertahanan di alamat berikut;

    • Pn. Zariyah Binti Ariffin
      Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan
      d/a Bahagian Kewangan
      Kementerian Pertahanan
      Jalan Padang Tembak
      50634 Kuala Lumpur
      Tel : 03-20715838
      Emel : puspanita.urusetia[at]mod[dot]gov[dot]my
  • Dimanakah saya boleh menyemak keahlian saya setelah borang dilengkapkan dan bayaran RM2.00 telah dijelaskan?
    Status keahlian boleh disemak di laman web PUSPANITA di pautan http://www.puspanita.mod.gov.my
  • Apakah keistimewaan menjadi ahli PUSPANITA seumur hidup?
    • Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma. Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antara 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat;

    • Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan

    • Ahli Seumur Hidup berpeluang mendapat bantuan daripada Tabung PUSPADARA iaitu sumbangan kewangan dan bantuan peralatan perubatan.