Bilik Urusan Ibu

Bilik Urusan Ibu PUSPANITA MinDef telah dirasmikan oleh YBhg Datin Sri Zahrah binti Che Hussain, Pengerusi PUSPANITA MinDef pada 30 Oktober 2015. Matlamat utama penyediaan bilik tersebut adalah untuk memberi galakan dan sokongan kepada semua warga wanita di Kementerian Pertahanan bagi menjayakan amalan penyusuan susu ibu di kalangan wanita yang bekerja.  Semua pegawai dan kakitangan wanita MinDef  dijemput untuk mengguna dan memanfaatkan kemudahan bilik tersebut yang terletak di kafeteria Wisma Pertahanan.  Bilik tersebut beroperasi  dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
 
Semua pegawai dan kakitangan wanita MinDef yang menggunakan kemudahan tersebut perlu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pentadbiran dan PUSPANITA MinDef.