• Utama
  • Mengenai Kami
  • Berita Terkini
  • Majlis Penyerahan keperluan petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Majlis Penyerahan keperluan petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

KUALA LUMPUR, 1 April 2020 - Majlis Penyerahan keperluan petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat di dalam penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diadakan di Wisma Pertahanan, hari ini.

 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Sri Muhaini binti Zainal Abidin, isteri kepada Menteri Pertahanan selaku Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pertahanan kepada Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera (PAT) disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia.

Selain PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan, syarikat 99 Speedmart Sdn. Bhd turut telah menyumbang barangan makanan dengan nilai keseluruhan RM30,000.

Sumbangan ini bertujuan untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada warga ATM yang bertugas di barisan hadapan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan dan Isteri Datin Sri Norihan binti Ayob, Datuk Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri Datin Rafidah binti Latif juga merangkap sebagai Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan.

#MinDefMalaysia
#KitaJagaKita