Gotong Royong Rumah Puspanita MinDef

gotongroyong2

Pada 03 Mei  2019, satu aktiviti Gotong Royong Perdana telah diadakan di Rumah PUSPANITA MinDef. Gotong royong tersebut diadakan bagi membersihkan dan mengemas Rumah PUSPANITA MinDef. Aktiviti tersebut dihadiri oleh semua AJK Biro-Biro PUSPANITA. Datin Seri Norizam binti Che Mohd Nor turut hadir bersama -sama memeriahkan aktiviti gotong-royong tersebut. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki Bin Ali ada juga membuat lawatan ketika aktiviti gotong-royong dijalankan.