Mesyuarat Agung PUSPANITA MinDef Kali Ke-36

FIA 1919

PUSPANITA Kementerian Pertahanan telah mengadakan mesyuarat Agung Kali Ke-36 pada 1 Mac 2019 yang telah diadakan di Auditorium, Wisma Pertahanan.


Mesyuarat yang bermula dengan pendaftaran seawal jam 7.00 pagi telah dihadiri oleh lebih 500 ahli. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan iaitu YBhg Puan Siti Normah Binti Alwi, isteri kepada Menteri Pertahanan, dengan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBHG. DATO' HALIMI BIN ABD MANAF selaku Penasihat PUSPANITA serta ketua-ketua jabatan/bahagian.

Koir PUSPANITA mengetuai nyanyian NegaraKu, lagu PUSPANITA dan persembahan selamat datang dari Badan Kesenian Tentera Udara Malaysia. Majlis semakin meriah dengan acara cabutan bertuah di mana hampir 50 hadiah cabutan bertuah disediakan. Selain dari itu, pelbagai acara menarik turut diadakan seperti Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerah Kecemerlangan kepada Ahli serta anak ahli PUSPANITA. Ceramah Kesihatan yang bertajuk “Kesedaran Kanser dalam kalangan Masyarakat “ turut disampaikan oleh wakil Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Mesyuarat kemudian telah dipengerusikan oleh YBhg Datin Naimah Binti Hj Ahmad dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2018 serta laporan kewangan telah dibentangkan oleh Setiausaha dan Bendahari PUSPANITA.

Mesyuarat telah berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari dan ahli telah menerima elaun kehadiran atas sokongan mereka. Sempena Mesyuarat Agung ini juga, beberapa gerai jualan telah dibuka di foyer dan tempat parkir bas Wisma Pertahanan.