Mesyuarat Agung PUSPANITA MinDef Kali Ke-35

mesyuarat agung puspanita  kementerian pertahanan kali ke-35

PUSPANITA  Kementerian Pertahanan  telah mengadakan mesyuarat Agung Kali Ke-35 pada 25 Januari 2018 yang telah  diadakan  di Auditorium.
Mesyuarat yang  bermula  dengan  pendaftaran seawal jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh lebih 500 ahli. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Datin Sri Marziah bt Hashim, isteri  Timbalan Menteri Pertahanan, dengan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi selaku Penasihat PUSPANITA dan ketua-ketua jabatan/bahagian.  

Koir PUSPANITA mengetuai nyanyian NegaraKu, lagu PUSPANITA dan mempersembahkan beberapa buah lagu lain diiringi oleh Buskers JLKN. Majlis perasmian semakin meriah dengan acara cabutan bertuah di mana hampir 40 hadiah cabutan bertuah disediakan. Selain dari itu, pelbagai acara menarik turut diadakan seperti Penyampaian Anugerah Kecemerlangan kepada Ahli serta anak ahli PUSPANITA, Anugerah Wanita Contoh dan Ceramah Kesihatan yang bertajuk "My Health, My Choice".

Mesyuarat kemudian telah dipengerusikan oleh YBhg Datin Sri Zahrah  bt Che Hussain dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2017 serta laporan kewangan telah dibentangkan  oleh Setiausaha dan Bendahari PUSPANITA.

Mesyuarat  telah berlangsung sehingga  jam 1.30 tengah hari dan ahli telah menerima elaun kehadiran atas sokongan mereka. Sempena Mesyuarat  Agung ini juga, beberapa gerai jualan telah dibuka di foyer dan tempat parkir bas Wisma Pertahanan.