• Utama
  • Mengenai Kami
  • Berita Terkini
  • Lawatan Sambil Belajar Ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad September 2016

Lawatan Sambil Belajar Ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad September 2016

lawatan ke pnmb 2016 5

lawatan-ke-pnmb-sept-2016

Biro ICT, Publisiti & Seranta  PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar  ke Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)        di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur  pada 21 September 2016.  Rombongan 38 ahli PUSPANITA diketuai oleh Pengerusi, YBhg Datin Sri Zahrah bt Che Hussain dan Timbalan Pengerusi II Ybhg Datin Siti Mariam bt Hj Mohd Yusoff..

Lawatan ini memberi pendedahan kepada ahli mengenai PNMB yang telah ditubuh pada tahun 1888, mengenali mesin dan proses percetakan, penjilidan dan melihat sendiri kecanggihan teknologi terkini percetakan dokumen.  Ahli rombongan telah dberi peluang memasuki Zon Digital yang merupakan restricted area.  

Selain menimba ilmu mengenai peranan PNMB, lawatan ini juga telah membuka jalinan silaturrahim  antara ahli dan kemesraan PUSPANITA MinDef dengan warga PNMB.