Seminar Perubatan Secara Islam 2016

seminar perubatan islam sept2016 intro

Biro Kebajikan Dan Agama PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan telah mengadakan Seminar Perubatan Secara Islam  pada 27 September 2016 di Masjid Khalid Al Walid Kementerian Pertahanan. Penceramah ialah Ustaz Hj Lt Kol Mohd Rashidi bin Bujai Pegawai Agama dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.
Seminar ini memberi kesedaran supaya  pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani mendapatkan rawatan melalui kaedah ruqyah syariah atau pembacaan hanya ayat-ayat Al Quran, doa-doa masyur daripada Rasulullah s.a.w dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Selain merawat pesakit, perubatan keislaman  sentiasa berusaha untuk mengajak orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariat serta mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah.
Seramai 86 orang ahli termasuk Pengerusi dan  Timbalan Pengerusi ll PUSPANITA telah  hadir ke seminar sehari ini.