Mesyuarat Hala Tuju Kementerian Pertahanan Tahun 2016

program halatuju mindef 2016-resized

Jawatan Kuasa Kerja PUSPANITA  Kementerian Pertahanan  telah turut serta di dalam  Mesyuarat  Hala Tuju Kementerian Pertahanan Tahun 2016, yang telah  diadakan di Awana Resort pada 15 hingga 17 Januari 2016.    Mesyuarat tersebut yang telah dirasmi dan dipengerusikan oleh  Menteri Pertahanan,  telah membincangkan mengenai lima teras utama hala tuju kementerian.

Selaras itu, PUSPANITA telah membincangkan mengenai hala tuju  aktiviti yang akan dilaksanakan   berdasarkan teras PUSPANITA Kebangsaan.  Peserta PUSPANITA juga telah didedahkan dengan ceramah berkaitan protokol manakala   pada waktu petang, PUSPANITA mengendali senamrobik.