Lawatan Sambil Belajar Ke FINAS

lawatan ke FINAS 16022016 resized

Biro ICT, Seranta & Penerbitan  telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Hulu Kelang pada 16 Februari 2016.   Rombongan seramai 41 ahli yang diketuai oleh Pengerusi YBhg Datin Sri Zahrah  bt Che Hussain, telah disambut oleh Pengerusi PUSPANITA FINAS, YBhg Datin Azwa bt Omar serta pegawai-pegawai wanita FINAS.

Ahli telah dipertontonkan  filem Langit Cinta sebelum dibawa melawat  dua studio utama FINAS iaitu studio sound stage  dan  studio mix stage.  Studio-studio ini digunakan (secara menyewa)  rakaman rancangan-rancangan terbitan ASTRO dan pengeluar drama/filem tempatan.  Semasa lawatan ini tidak ada rakaman sedang berlangsung.

Pada akhir lawatan, kedua-dua Pengerusi telah bertukar-tukar cenderamata sebelum menikmati hidangan makan  tengah hari.  Lawatan separuh hari ini telah mendedahkan ahli kepada peranan FINAS.