• Utama
  • Mengenai Kami
  • Berita Terkini
  • Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pertahanan Kali Ke – 33

Mesyuarat Agung PUSPANITA Kementerian Pertahanan Kali Ke – 33

mesyuarat agung puspanita 2016 resized

PUSPANITA  Kementerian Pertahanan  telah mengadakan mesyuarat Agung Kali Ke-33 pada 27 Januari 2016 yang telah  diadakan  di Auditorium.  Mesyuarat yang  bermula  dengan  pendaftaran seawal jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh lebih 900 ahli.  Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Datin Wira Marziah bt Hashim, isteri  Timbalan Menteri Pertahanan, dengan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi selaku Penasihat PUSPANITA dan ketua-ketua jabatan/bahagian.  

Koir PUSPANITA mengetuai nyanyian NegaraKu, lagu PUSPANITA dan mempersembahkan lagu ‘Malaysia  Baru’ dengan gaya yang menarik dan mendapat tepukan gemuruh.   Majlis perasmian semakin meriah dengan acara cabutan bertuah di mana hampir 70 hadiah cabutan bertuah disediakan.   Syarikat pengedar mesin jahit  jenama Bothers  telah menyumbangkan sebanyak  10 buah pelbagai jenis mesin jahit.

Mesyuarat kemudian telah dipengerusikan oleh YBhg Datin Sri Zahrah  bt Che Hussain dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2015 serta laporan kewangan telah dibentangkan  oleh Setiausaha dan Bendahari PUSPANITA.

Mesyuarat  telah berlangsung sehingga  jam 1.30 tengah hari dan ahli telah menerima bag clutch sebagai door gift.  Sempena Mesyuarat  Agung ini juga,  beberapa gerai jualan telah dibuka di foyer Wisma Pertahanan.