• Utama
  • Mengenai Kami
  • PUSPANITA MinDef

PUSPANITA MinDef

picture 1

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pertahanan telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan. Di samping itu juga, persatuan ini amat menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli persatuan menerusi program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus serta menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli, keluarga dan masyarakat. Sehingga 31 Disember 2017, bilangan keahlian PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan adalah seramai 3,296 orang. Semua keahlian telah diseragamkan menjadi ahli seumur hidup.