Frequently Asked Questions - Umum

FAQs - Umum

Sehingga Januari 2016, seramai 3,071 telah mendaftar sebagai ahli PUSPANITA bagi Cawangan Kementerian Pertahanan.

•    Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) mulai 21 Oktober 2014 hanya dikenakan caj RM 2.00 sahaja;
•    Tawaran menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH)  terbuka kepada semua wanita penjawat awam dan isteri kepada penjawat awam;
•    Semua ahli lama dipindahkan ke status Ahli Seumur Hidup secara percuma; dan
•    Hanya Caj RM 2.00 dikenakan bagi pendaftaran untuk Kad PUSPANITA. Kad gantian bagi setiap kad yang hilang/rosak adalah sebanyak RM 10.00.

•    Borang keahlian PUSPANITA boleh dimuatturun                                   di http://puspanita.mod.gov.my/muat-turun/borang

•    Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan Kementerian Pertahanan di alamat berikut ;

Nur Wahidah Hanum bt Abdul Rahim
Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan
d/a Bahagian Kewangan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Tel : 03-20715838
Emel : puspanita.urusetia@mod.gov.my

•    Setiap Ahli Seumur Hidup lama dan baru layak diberi Kad Skuad Pengguna secara percuma.  Kad Skuad Pengguna membuka peluang mendapat diskaun antara 2% hingga 35% bagi barangan dan perkhidmatan dari 260 buah syarikat;
•    Ahli Seumur Hidup akan diberi diskaun atas sewaan dewan dan penginapan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose dan PUSPANITAPURI, Putrajaya tertakluk kepada kekosongan
•    Ahli Seumur Hidup berpeluang mendapat bantuan daripada Tabung PUSPADARA iaitu sumbangan kewangan dan bantuan peralatan perubatan.

i.    Sumbangan kepada ahli yang dimasukkan ke hospital (melebihi 3 hari) - RM 100.00

ii.    Bantuan kematian – suami/anak atau ibu bapa (bagi ahli bujang) -     RM 100.00

iii.    Bantuan kepada waris ahli yang meninggal dunia - RM200.00